Sunday, February 28, 2010

Wednesday, February 24, 2010

TERENGGANU


NASI DAGANG

Kesukaran menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.
Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.
Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang.
Bagaimana ke sana?
Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.

Monday, February 22, 2010

NEGERI SEMBILAN


MASAK LEMAK CILI API
KEENAKAN masak lemak cili api memang sinonim dengan Negeri Sembilan dan jika anda berkunjung ke negeri ini anda akan menikmati pelbagai hidangan sama ayam, daging, udang, ikan dan sebagainya dimasak dalam resipi masak lemak cili padi.
Bagi penggemar masakan pedas, masak lemak cili padi yang menggunakan cili padi sebagai bahan asas adalah jawapannya.
Tidak sukar mendapatkan hidangan ini kerana anda boleh menikmati di seluruh pelosok Negeri Sembilan.
Bagaimana ke sana
Ambil susur keluar dari lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan Seremban dan teruskan perjalanan menuju ke Bandar Seremban.

KEDAH


EMPING
      

Emping dan ringgi diperbuat daripada padi pulut. Antara jenis-jenis padi pulut yang biasa digunakan ialah pulut gantung alu, pulut galah, pulut sutera dan pulut hitam.
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, emping merupakan sejenis "kudap-kudapan yang diperbuat daripada padi yang masih muda manakala ringgi ialah emping daripada padi yang masih lembut isinya".
Emping seperti yang diketahui adalah berwarna putih kerana ia diperbuat daripada padi yang hampir masak, tetapi perlu direndam terlebih dahulu lebih kurang semalaman. Ringgi pula berwarna hijau kerana ia diperbuat daripada padi muda atau padi yang beringgi iaitu buah padi yang sedang berisi dan masih lembut isinya.

PERLIS

LAKSA KUALA PERLIS


Tidak sah berkunjung ke negeri paling utara ini jika tidak mencuba laksa Kuala Perlis yang terkenal kerana dibuat daripada tepung beras. Pengunjung yang ingin menikmati laksa Perlis boleh berkunjung ke kawasan medan selera yang dibina khas di pesisir pantai Kuala Perlis, dikenali sebagai Laman Brasmana.
Selain menikmati keenakan laksa Perlis, pengunjung boleh menjamu dengan ikan bakar, pasembur, mee udang serta masakan panas lain dengan harga berpatutan.
Bagaimana ke sana
Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terus memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan dan menyusuri laluan Lebuh Raya Changlun ke Kuala Perlis yang mengambil masa hanya 45 minit perjalanan.
Dari bandar Alor Star - masuk Jalan Alor Star-Kangar dan memasuki persimpangan Kuala Perlis kira-kira tujuh kilometer dari Kangar. Perjalanan itu mengambil masa satu jam dengan jarak 50 kilometer.

SARAWAK

TERUBUK IKAN MASIN
JIKA berkunjung ke Sarawak, sering kali pengunjungnya akan membawa pulang ikan terubuk masin sebagai hadiah sama ada untuk ahli keluarga dan sahabat handai.
Berbanding ikan lain di pasaran, terubuk Sarawak memang popular dan mempunyai permintaan tinggi disebabkan keenakan isi dan telurnya lebih-lebih lagi jika dipanggang sebelum dicicah asam limau dan kicap manis.
Ikan terubuk masin boleh di beli di pasar Satok dan kebiasaannya peniaganya akan membungkus ikan itu dengan cantik supaya boleh dibawa seperti sebuah bingkisan hadiah. Ikan terubuk yang dibungkus boleh tahan selama tujuh hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.
Bagaimana ke sana
Pasar Satok terletak dua kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan mudah dihubungi.


KELANTAN


NASI KERABU
HIDANGAN nasi berwarna ungu dan disediakan bersama ulam yang dihiris halus serta sambal ikan dan dilengkapi dengan budu dan sambal lada sangat menyelerakan.
Di kenali dengan nasi kerabu ia bukan saja menjadi hidangan untuk sarapan pagi malah tengahari dan malam. Nasi kerabu akan lebih enak sekiranya dimakan bersama salok lada, ikan goreng celup tepung, daging salai atau ayam goreng.
Hidangan ini mudah diperoleh kerana dijual di kebanyakan restoran dan gerai. Bagaimanapun bagi yang tidak mengetahui lokasi tertentu boleh berkunjung ke tingkat satu Pasar Siti Khadijah yang turut menjual nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam yang pasti membuat pengunjung kecur lidah melihatnya.
Bagaimana ke sana
Pasar Siti Khadijah mudah dikunjungi kerana terletak di tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hulu.


JOHOR

NASI BERIANI GAM

KEENAKANNYA tidak perlu diperkatakan, malah ia digemari pelbagai lapisan masyarakat. Kepelbagaian menu itu menjadikan nasi beriani cukup istimewa dengan lauk ayam, daging atau kambing yang dihidangkan bersama dalca, papedom dan acar timun.
Bagi penggemar nasi beriani, jangan lupa berkunjung ke Batu Pahat untuk menikmati nasi beriani gam yang terkenal dengan keenakan dan keunikan kerana dimakan bersama kuzi kambing.
Beriani gam Johor yang dimasak dengan rempah istimewa memberikan inspirasi tersendiri dalam mengangkat makanan tradisi itu ke persada antarabangsa.
Bagaimana ke sana
JIKA dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuh Raya Utara-Selatan keluar melalui Plaza Tol Yong Peng Utara ke persimpangan Tongkang Pecah sebelum mengambil simpang kiri ke bandar Batu Pahat.
Jarak dari Yong Peng ke bandar Batu Pahat, kira-kira 30 kilometer. Anda juga boleh menggunakan Plaza Tol Pagoh.
Dari arah selatan atau Johor Bahru, anda boleh menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar di Plaza Tol Ayer Hitam, terus ke pekan Parit Raja sebelum sampai di bandar Batu Pahat.

PAHANG

IKAN PATIN MASAK LEMAK


TERPAMPANG papan tanda 'Bandar Ikan Patin' sebaik melintasi daerah Temerloh yang memberi gambaran betapa enaknya sajian ikan itu yang menjadi daya penarik bagi pengunjung ke Pahang.
Keenakan ikan patin yang menjadi buah mulut membuatkan kebanyakan restoran yang menjual masakan ikan air tawar itu sering menjadi tumpuan warga luar yang bertandang ke bandar kecil ini.
Untuk menikmati sajian istimewa ini, medan selera yang terletak di tebing sungai Pahang menyajikan pelbagai hidangan masakan tradisional Pahang khususnya berasaskan resipi masakan ikan patin yang menjadi jenama tersendiri daerah Temerloh.
Bagaimana ke sana
Temerloh terletak kira-kira 130 kilometer dari Kuala Lumpur dan di tengah-tengah perjalanan antara Kuala Lumpur-Kuantan. Jika melalui Lebuhraya Pantai Timur, masuk ke susur keluar arah Temerloh.

PERAK


ROJAK

Rojak bererti campuran dari banyak hal yang berbeza. Ini adalah sama dengan salad boleh anda dapati di negara-negara Barat. Hidangan ini sudah sangat dihargai oleh Malaysia. Ada banyak jenis Rojak juga seperti Rojak Tanjung di Perak; Bahasa Melayu Rojak, India Rojak, Penang Rojak, Buah-buahan Rojak, Rojak dengan cumi-cumi dan lain-lain.

Dalam Rojak Bahasa Melayu, bahan-bahan yang digunakan adalah cha yau kway, potongan lobak, timun dan nanas dicampur dengan sos manis dengan kacang. Daging ayam dan cili boleh ditambah dalam juga. Demikian juga ada banyak gaya yang berbeza dalam mempersiapkan Rojak, bergantung pada latar belakang budaya di negara tertentu.

Rojak dapat dengan mudah ditemui di pusat-pusat jajanan dan makanan mahkamah.
Harga masuk akal. Oleh kerana itu, nilai yang besar untuk wang anda.

PULAU PINANG

NASI KANDAR


PULAU Pinang bukan saja dikenali sebagai destinasi pelancongan menarik dan pusat beli belah, tetapi turut dikenali sebagai syurga pelbagai jenis makanan yang enak dan begitu terkenal dengan nasi kandar kari kepala ikan.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan beberapa restoran dan gerai nasi kandar di Georgetown mahupun Seberang Prai beroperasi 24 jam dengan pengunjung yang tidak pernah putus sehingga dinihari.
Jenama nasi kandar ini bermula antara 1950 hingga 1960-an berikutan kewujudan restoran India Muslim seperti Dawood di Lebuh Queen, Hameediah (Lebuh Campbell), Kapitan (Lebuh Chulia) dan Kassim Mustapha (Lebuh Pantai) malah tidak lupa restoran Line Clear di Jalan Penang.
Bagaimana ke sana?
Tidak sukar mencari restoran nasi kandar kerana dia boleh didapati di seluruh pelusuk Pulau Pinang, sama ada di Georgetown mahupun di Seberang Prai.

Saturday, February 13, 2010

MELAKA

ASAM PEDAS

SEBUT saja asam pedas, ramai yang membayangkan betapa enaknya hidangan yang disajikan itu.
Ia amat popular di Melaka, maka tidak hairanlah ia senang didapati di warung tepi jalan hinggalah ke hotel bertaraf lima bintang sehinggakan ada ungkapan `tidak lengkap datang ke Melaka kalau tidak menikmati asam pedas'.
Masakan warisan itu menjadi sebahagian produk pelancongan di negeri bersejarah ini. Masakan asam pedas bukan saja dihidangkan untuk keluarga di rumah, malah pelancong dari seluruh dunia yang melawat negeri ini turut menikmati keenakannya.
Bagaimana ke sana
Ambil susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan Ayer Keroh. Pandu terus ke arah Bandar Melaka dan anda berpeluang menikmati sajian tradisional itu sama ada di gerai, restoran atau hotel di seluruh negeri Melaka.

SELANGOR


SATE KAJANG
SEKALIPUN ada ramai yang menjual sate di seluruh negara namun sate Kajang tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Malah Kajang sendiri dikenali sebagai `Bandar Sate' sehinggakan dijadikan produk pelancongan dan sekiranya ke Kajang pengunjung akan dapat melihat replika sate bersama kuah kacang, bawang, ketupat dan timun.
Jika berkunjung ke medan selera sate Kajang anda boleh membuat pilihan gerai mana yang ingin dikunjungi kerana di sana terdapat 20 gerai sate sekali gus mewujudkan persaingan di kalangan peniaga dan membuatkan mereka memberi layanan terbaik bagi memikat hati pelanggan.
Bagaimana ke sana
Ambil susur keluar dari lebuhraya Utara-Selatan menuju ke tol Kajang dan seterusnya menuju ke Bandar Kajang, medan selera sate terletak di sebelah Stadium Kajang.
 
Copyright CiTraMaKaN MaLaYsIa 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .